Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, April 30, 2014

16 Sebab Shaklee sebagai Produk Terbaik

1. Produk yg bagus, berasaskan bahan semulajadi dan melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. yg paling penting disahkan halal.



2. Syarikat yg mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Sudah 57 tahun di dunia. Dah established.

3. Sistem yg adil,terbukti yg paling penting patuh syariah.

4. Shaklee bayar bonus yg tinggi pd pengedarnya, 50% drp keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yg baik). Banyak sangat benefit selain cash bonus, ada car bonus & mcm2 insentif. Satu peluang yg sangat besar.

5. Bisnes yg boleh diwariskan pada anak-anak.

6. Income yg tidak terhad. Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan.

7. Bisnes produk kecantikan & kesihatan adalah antara bisnes yg terbaik. Industri yg bernilai billion dollar, termasuk di Malaysia.

8. Tidak perlukan modal. Tak perlu buat pinjaman bank dan tak perlu berhutang dengan sesiapa.

9. Boleh dilakukan 100% dari rumah, tak perlu keluar jumpa orang.

10. Tak perlukan premis perniagaan. Kan mahal nak sewa kedai.

11. Tak perlu simpan stok yg banyak. Tak ada stok langsung pun boleh.

12. Hampir tiada risiko rugi, barang rosak, tak laku dsb

13. Kalis recession (kalis kemelesetan ekonomi), insya Allah. Maksudnya dlm keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli. Orang tetap perlukan suplemen & produk kesihatan.

14. Peluang perniagaan online yg sangat besar, sepertimana kajian oleh SKMM & Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yg dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Shaklee boleh dibuat 100% secara online.

15. Ramai yg dah berjaya mendapat income sehingga 6 angka sebulan. Dengan ilmu, mentor, sistem, strategi dan jalan yg dah tersedia, SEMUA ORANG BOLEH.

Boleh lihat DI SINI

16. Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu. Syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan "Climate neutral". Kita sokong Shaklee, kita turut menjaga alam sekitar kerana produk2 Shaklee adalah MESRA ALAM.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau sms 013-717 4699 

Sunday, April 27, 2014

Vivix Merendahkan Paras Gula Diabetis


Bagaimana sebenarnya Vivix Shaklee membantu?

Kandungan utama plasma darah itu air, dengan adanya gula pada darah maka air pada plasma akan diserap oleh gula. Ini akan mengakibatkan darah kita menjadi mengental

Jika terjadi sebuah luka maka faktor pembekuan darah akan berperan. Faktor pembekuan darah (trombosit,fibrinogen) sendiri merupakan komponen dalam darah. 

Luka akan cepat sembuh kerana pengaliran dari faktor pembekuan darah dengan cepat juga, namun kerana aliran darah tersumbat (darah mengental) pada penderita diabetes, faktor pembekuan darah menjadi sulit untuk menutupi luka. Inilah yang mengakibatkan luka menjadi sukar sembuh.

Selain itu adanya gula juga menjadi penggalak bagi pertumbuhan bakteri.
Makanya selain sukar sembuh penderita diabetes juga kerap kali mengalami infeksi yang tak jarang mengarah ke gangren. Kalau sudah gangren parah ya terpaksa kaki dipotong pula, Hal lain yang perlu diperhatikan pada penderita diabetes adalah kerana adanya gula darah maka dapat terjadi kerosakan saraf terutama pada saraf kaki. Inilah yang mengakibatkan penderita diabetes seringkali merasa kebas atau semut2 pada kakinya.

Jangan jadi seperti ini ya!

Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan

❤ melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!
❤ mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan
❤ menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
❤ ramuan Vivix sendiri adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)

Kajian saintifik yang mengaitkan resveratrol dengan diabetes memang banyak. Tak percaya? Jom lihat banyak testimoni di berikan oleh pengguna yang berpuas hati.




Sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau sms 013-717 4699 
Friday, April 25, 2014

Simpul Biawak Ketika Hamil Bagai Aur dengan Tebing

Sekarang ni, waktu yang gembira bagi kami sekeluarga. Hanya menunggu lebih kurang dalam 2-3 bulan lagi saya dan suami akan mendapat cahaya mata sulung sebagai penyeri hidup kami.. Alhamdulillah... Usia kandungan saya sudah menjangkau 28 minggu (7 bulan).

Sebagai persediaan, saya ada juga mengkaji serba-sedikit tentang pengalaman bermakna wanita hamil dengan ibu-ibu di luar sana. Hihi.. Ada yang kata, "macam-macam penyakit datang ketika hamil". Sebenarnya, mungkin kita tidak biasa dengan perubahan bentuk badan atau hormon kita. Atau mungkin juga kita diuji dengan sedikit ujian sebelum menikmati "kurniaan Ilahi". Bukankah penyakit itu hanya ujian yang diturunkan sebagai penghapus dosa-dosa kita dan tanda kita akan lebih mengingati Yang Maha Esa. Tapi bagi saya, ini hanya sebagai "ujian kecil" untuk "kenikmatan besar".

Salah satu gejala ketika hamil adalah SIMPUL BIAWAK. Simpul biawak bagai sinonim dengan ibu hamil. Apakah itu simpul biawak? Simpul biawak atau tarik mengkarung adalah disebabkan penguncupan otot atau lebih lelemak.Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Sebab-sebab biasa kejang otot rangka termasuk keletihan otot, rendah natrium dan kalium. Simpul biawak ini selalunya terjadi di kalangan wanita kerana kehilangan kalsium sewaktu mengandung dan breastfeeding.


Bukan biawak ye.. Hehehe


Simpul biawak
Perbezaan gambar A (kaki normal) dan B (simpul biawak)

Beberapa Kemungkinan Punca Kekejangan Kaki berlaku semasa Hamil

• Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

• Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

• Terlalu keletihan membawa perut yang semakin membesar.

Cara untuk Melegakan Kesakitan Simpul Biawak

• Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

• Urut otot yang kejang itu.

• Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips Mengelak Kekejangan Kaki Semasa Mengandung

1. Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3L atau lebih)

2. Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.

3. Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk lancarkan peredaran darah.

4. Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.

5. Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.

6. Elakkan terlalu banyak berdiri.

7. Mandi dengan air suam sebelum tidur.

8. Ambil suplemen kalsium magnesium. Pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 





Wednesday, April 23, 2014

Petua Mendapat Anak Cantik dan Cerdik

Admin mmg suka tgok gambar ni...comel kan??!!.. :-)

Petua : Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih
1Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan. Semasa hamil tu, jangan makan makanan berkicap. Insya-Allah putihlah anak tu kelak. Cubalah, ya

Petua : Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih 2
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung.

Petua : Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap, petah dan fasih. Petuanya amat mudah, Ibu bapa hendaklah selalu mengucup atau mencium bibir anak-anaknya sewaktu kecil dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa, ia akan menjadi taat kepada ibu bapa.

Petua : Dapat Anak Cerdik
Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin.

Petua : Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak. Semasa melakukan jimak, punggung isteri hendaklah diayun ke kiri dan ke kanan, supaya air mani akan sampai ke tempat yang sebetulnya.

Petua : Ingin anak perempuan dan lelaki
Kalau anda inginkan anak perempuan lebihkan banyak makan ikan dan sayuran hijau. Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging ayam dan lembu.

Petua : Dapatkan Anak
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak dapat anak setelah berkahwin sekian lama, atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata.
Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi bagi si suami.
Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga
Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat, bila pergi ke masjid,
Insya-Allah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.

Cara Buat Senaman Batin :-
Duduk bersila badan tegak
Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri.
Tarik nafas dalam-dalam (perlahan-lahan )
Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan
( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ).
Jika tidak mampu jangan paksa.
Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
Buat 3x atau 7x setiap lepas sembahyang subuh.
Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3x buat (maksudnya 3x kanan dan 3x kiri ). Selamat mencuba.

 


Petua : Petua Mendapatkan Anak Lelaki atau Perempuan
Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan Insya-Allah boleh diperolehi.Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan.Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau ke kemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insya-Allah jika diiringi doa.

Kepada teman-teman....
Ingatlah...
kita cuma berusaha yang menentukan adalah Allah SWT


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 


Tuesday, April 22, 2014

Petua Memulihkan Bengkak Susu

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” 


Surah Al-Baqarah, ayat 233

Ayat dalam Surah al-Baqarah di atas menunjukkan tentang kepentingan susu ibu. Namun demikian, dalam usaha ibu yang ingin menyusukan anak mungkin mereka bakal menghidapi bengkak susu. Ia adalah sedikit ujian para ibu dalam mencari keredhaan dari-Nya. Bukankah penyakit yang diuji oleh Allah adalah sebagai penghapus dosa-dosa kita terhadap-Nya. JAdi, kita perlu berikhtiar untuk menangani masalah tersebut.

Punca dan Cara Mengatasi Berlakunya Bengkak Susu

(1) Jadual penyusuan yang tidak teratur

Bayi yang baru dilahirkan akan kerap tidur. Jadi, sebagai ibu kita perlu menggerakkan bayi kita untuk menyusu bagi setiap 3 jam. Sekiranya kita tidak mengikuti jadual penyusuan, maka akan berlaku bengkak susu kerana pengaliran susu yang tidak teratur. mungkin susu akan jadi banyak dan membengkak lalu tersebut dan akan berlakulah masitis

(2) Bayi masih belum pandai menyusu atau sbgai alat "pacifier"

Bayi yang baru lahir mungkin akan mengambil masa untuk belajar menyusu. Oleh demikian, kita digalakkan agar menyusukan anak melalui susu badan dan bukan susu botol. Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting. Kita juga perlu pelbagaikan posisi semasa dalam proses penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.. Ajari juga anak untuk menyusu pada kedua-dua belah payudara kita. 

Lagi satu, jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

(3) Masa mengepam yang tidak seragam

Setelah habis berpantang, para ibu yang bekerja kembali memulakan tugas mereka. Dalam kesibukan bekerja, mungkin si ibu tadi tidak mengikuti jadual mengepam susu yang seragam. Seelok-eloknya si ibu hendaklah mengepam setiap 3 jam. Jika kita tidak mengikuti jadual mengepam yang tepat, susu akan memenuhi payudara kita dan akan berlakulah mastitis.

PRODUK LECITHIN SHAKLEE SESUAI UNTUK MEMULIHKAN BENGKAK SUSU


Sebab mengapa Lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah bengkak susu tidak jelas. Dr Jack Newman, "Ia boleh berbuat demikian dengan mengurangkan kelikatan ( kelekitan ) susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. " Lecithin adalah emulsifier ( digunakan untuk menyimpan lemak / minyak dan tersebar dalam penggantungan ) : molekul phospholipid (seperti lesitin ) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hidrofilik ; bahagian hidrofobik mempunyai pertalian untuk lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai pertalian untuk air.

Pakar penyusuan juga menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

Jadi, para ibu apa tunggu lagi... Dapatkan produk Lecitihin ni dengan kadar segera.



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 




Mengenali Mastitis atau Bengkak Susu

Assalammualaikum..Pernahkah anda mendengar tentang istilah "mastitis" atau bengkak susu.. Sejujurnya, saya yang bakal bergelar ibu dlm 2-3 bulan lagi (saya tengah mengandung yg baru mnjangkau 28 minggu) rasa terpanggil untuk menulis tentang mastitis ni...yang mungkin bakal dihadapi setelah saya melahirkn dan menyusukan anak nti...

Mungkin ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah mastitis ni...


Mastitis @ Bengkak Susu
Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat

Apakah itu Mastitis?

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.


Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa.

Adakah Masitis Menjejaskan Bayi Anda?

Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.

Rujukan babycenter.com

Simptom-simptom Mastitis


  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Sakit kepala
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F

Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan. 

Sebab-sebab Mastitis

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

Siapa yang Berisiko Menghidapi Masitis

  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Rujukan alamhamil.com

Lihat juga Petua Memulihkan Bengkak Susu

Monday, March 24, 2014

Kelebihan Vitamin C

Apbila mendengar mengenai vitamin C pastinya ramai yang beranggapan bahawa vitamin C ini hanya baik untuk kecantikan kulit sahaja.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa vitamin C sebenarnya mampu memberi manfaat yang baik untuk keseluruhan tubuh badan anda.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat baik vitamin C untuk tubuh badan anda.

Melawan jangkitan kuman 
Ia menjadi sokongan untuk sel darah putih dan antibodi bagi melindungi badan daripada penyakit yang disebarkan melalui virus, kuman dan bakteria.

Mengimbangi kesan stres
Stres menyebabkan penyakit mental dan fizikal. Vitamin C membantu meneutralkan toksin yang dirembeskan ketika anda mengalami tekanan.

Memelihara kesihatan mata
Pengambilan vitamin C yang betul dapat mengelakkan mata daripada dijangkiti katarak dan glaukoma.

Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C dapat mengelakkan lemak yang berada dalam saluran darah daripada berkumpul di saluran arteri dimana ia adalah punca utama serangan jantung.


Dapatkan info tentang Vitamin C di sini

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

Thursday, March 13, 2014

Kelebihan GLA dalam Supplemen

Assalammualaikum... Hari ni, saya nak share tentang kelebihan GLA dalam supplemen

Perasan tak kebanyakan supplemen yang kita ambil mesti ada GLA (sama ada sumber asli @ bahan kimia).Tapi saya tak tahu apa itu GLA? Apa kelebihannya? So lepas baca beberapa artikel mengenai GLA, baru saya faham sedikit sebanyak tentang GLA ini. Hari ni saya nak share sikit tentang kelebihan GLA yang terdapat dalam supplement.

p/s: Jangan la kita ambil supplemen yang ada campuran bahan kimia ye.


GLA atau nama panjangnya Gamma Linolenic Acid adalah merupakan asid lemak Omega-6 yang boleh memberi kesan yang kuat ke atas kesihatan manusia.

Sumber-sumber GLA :


Evening primrose oil


Black currant seed oil


Borage seed oil

Beberapa kajian klinikal awal menunjukkan bahawa GLA mungkin berguna untuk keadaan seperti berikut :

1) Diabetes
Pesakit diabetes tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. GLA meningkatkan fungsi saraf dan boleh mencegah sakit saraf akibat kencing manis. Dos harian yang disyorkan untuk pesakit diabetes adalah 480 mg GLA setiap hari.

2) Kanser Payudara
Satu kajian mendapati bahawa wanita dengan kanser payudara yang mengambil GLA mempunyai tindak balas yang lebih baik untuk tamoxifen (sejenis ubat yang digunakan untuk merawat estrogen sensitive breast cancer) daripada mereka yang hanya mengambil tamoxifen.

3) PMS
Sesetengah wanita mendapati gejala PMS mereka semakin berkurangan apabila mengambil GLA supplements.

4) Osteoporosis
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup beberapa asid lemak yang penting (terutama EPA dan GLA) adalah lebih cenderung mengalami kerapuhan tulang daripada mereka yang mempunyai paras normal dalam asid lemak.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan GLA ini. Kalau nak baca selanjutnya, boleh klik link yang terdapat di Sumber Rujukan di bawah.

Sumber rujukan: Life Extension, University of Maryland Medical Centre

Jadi, marilah kita mengambil GLA Complex Shaklee yang bersifat semulajadi sebagai makanan tambahan kita di samping untuk menjaga kesihatan.


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

Masalah Kulit Kering dan Bersisik Dapat Diatasi dengan GLA

Evening Primrose Oil (EPO) telah digunakan sejak berzaman untuk membantu masalah wanita. Ia juga digunakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Di Shaklee, kami menyediakan GLA (Gamma-Linolenik Acid) iaitu komponen aktif dalam EPO yang diekstrak dari sejenis tumbuhan dipanggil borage.


GLA atau nama panjangnya Gamma Linolenic Acid adalah merupakan asid lemak Omega-6 yang boleh memberi kesan yang kuat ke atas kesihatan manusia.

Ia juga mengandungi vitamin E dan bahan aktif lain untuk kesan yang lebih baik dan sempurna.


Antara testimonial GLA Complex


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 



Cara Merawat Tumit Kaki Merekah

Hari-hari kita perlu bergerak. Sehinggakan tumit kaki merekah! Mana tidaknya, hampir setiap hari mengenakan kasut tumit tinggi. Dek bebanan kerja yang bertimbun, tak cukup masa untuk mendapatkan rawatan. Hasilnya~~~


Eeeeiyerkkkk..... Sakit dan malu kan tumit kaki kita merekah dan pecah-pecah..Banyak faktor tumit kaki pecah ni antaranya adalah kulit kering, tidak cukup kelembapan kerana kurangnya air. Selain itu, kekerapan menggunakan kasut menyebabkan kulit kita kurang mendapat udara yang secukupnya. Kaki mempunyai satu lapisan air di mana jika ia tidak mencukupi akan menyebabkan kekeringan dan masalah tumit kaki pecah boleh berlaku.

Apa kaitan GLA dengan tumit kaki pecah?
GLA shaklee sumbernya dari borage oil. Bukan borage oil semata tetapi dalamnya ada kandungan vitamin e juga. Vitamin e sudah dikenali sangat bagus untuk kecantikan kulit. Tidak hairanlah sesiapa yang amalkan vitamin e mempunyai kulit yang menawan. Orang kata 2 in 1. Selain untuk dalaman, ianya bagus juga untuk luaran.

Anda inginkan hasil begini tak??!!


Jadi, marilah kita menukar gaya hidup dan pemakanan kita.. Kaki sihat maka memudahkan kita dan berkeyakinan untuk bergerak pantas.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

Wednesday, March 12, 2014

Amalan Membaca al-Quran Semasa Mengandung



Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

Thursday, February 13, 2014

Pengambilan Vitamin Kurangkan Masalah Jeragat


Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1) Terdedah kepada cahaya matahari terik

2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang

3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai

4) Keturunan.


Pengambilan Vitamin Kurangkan Masalah Jeragat

Cara untuk mengatasi masalah jeragat yang paling selamat dan berkesan adalah dengan pengambilan vitamin. Di sini, saya ingin mengesyorkan vitamin-vitamin yang boleh diamalkan bagi sesiapa yang menghadapi masalah jeragat. In sha Allah, kita sama-sama ikhtiar bagi mengatasi masalah ini.. Aminn...



Vitamin C - Merangsang penghasilan kolagen semulajadi, Mencerahkan dan menegangkan kulit , Mengecutkan jerawat

Vitamin E - Baiki tekstur tona kulit, kecutkan jerawat, kurangkan kedut & menghilangkan parut, Melembapkan kulit & kurangkan radang kulit

Energizing soy protien - Membantu pembinaan sel sihat, Melembabkan dan mencantikkan kulit wajah, Memudarkan parut dan jeragat

Haaa~~~ Bestkan kalo dapat kita tangani masalah ni... Kulit semakin cantik, Mr Right brtambah sayang...


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

Wednesday, February 12, 2014

Cara Meningkatkan Hemoglobin Darah Ketika Hamil

Apa itu Hemoglobin?

Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang mengalirkan oksigen dari paru-paru ke tisu peripheral dalam badan. Ia bertanggungjawab untuk memerahkan darah dalam sel darah merah. Hemoglobin menghubungkan oksigen dari paru-paru, membawa ia dari paru-paru tersebut ke tisu peripheral dalam badan, selepas menurunkannya ia meghubungkan karbon dioksida dan kembalikannya untuk menghembus nafas. Ia menggubah dua protein subunit iaitu alpha dan beta.Hemoglobin menjalankan kedua-dua subunit tersebut untuk menjalankan fungsi secara betul. Diorder atau sekiranya ia tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan abnormal bagi kedua subunit. Hemoglobin yang tidak normal akan menyebakan penyakit seperti sel lemah dan  thalassemia.




Rujukan di sini

Apakah Kepentingan Hemoglobin Semasa Hamil

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.



Risiko Bacaan Hemoglobin yang Rendah bagi Ibu Mengandung

1) Risiko tumpah darah ketika mengandung
2) Jantung ibu bergerak laju atau rasa berdebar-debar (palpitation)
3) Ibu akan cepat berasa letih , kadang-kadang mengalami sesak nafas, pening-pening dan rasa pitam
4) Mengalami keguguran
5) Risiko alami penyakit berjangkit
6) Risiko yang paling bahaya adalah.....jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Risiko Bacaan Hemoglobin yang Rendah kepada Bayi yang Dikandung

1) Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
2) Lahir sbagai premi atau tidak cukup bulan
3)Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
4) Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
5) Mati ketika dilahirkan atau stillbirth.

Punca Hemoglobin Rendah

>Peningkatan dalam isipadu darah
>Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
>Penurunan kadar HB normal
>Kurang pengambilan zat besi dalam diet
>Kekurang folic acid
>Pendarahan gastrointestinal
>Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Cara Mengatasi Masalah Hemoglobin Rendah

Ni dia...Makanlah Vitalea sebagai langkah pencegahan yang selamat. Dengan harga yang mampu milik, ibu dan anak akan mendapat kesihatan yang optimum. Dapatkan yang terbaik di pasaran.



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 



Tuesday, February 4, 2014

Collagen Shaklee yang Sangat Memuaskan dan Berbaloi-baloi

Hai...dah lama tak update entry. Kali ni, saya nak bercerita tentang Collagen Shaklee. Mungkin ramai yang beanggapan kenapa Collagen Shaklee ni mahal sangat berbanding kolagen lain.. Ehem..ehem... Simple question...Mana yang lebih memuaskan handbag Bonia yang lebih berkualiti tu ke atau handbag yang kita dapat di pasar malam? Pasti ramai yang golongan bijak pandai yang leh jawab soalan ni kan...



ATAU


SHAKLEE COLLAGEN POWDER




1. Collagen Sumber Marine berkualiti tinggi

Collagen ni terdiri dari 3 jenis sumber- dari tumbuh- tumbuhan, dari haiwan ternakan dan dari sumber marine

#1: Collagen dari tumbuh- tumbuhan 
Paling murah sebab senang je kot nak petik tumbuh-tumbuhan ni. Tapi, daya serapan ke dalam tubuh adalah sangat rendah. Biasa collagen jenis ni yang ada rasa manis, sedap, etc. Tapi jangan tak tahu, biasanya kalau collagen tu manis, maksudnya kandungan pemanis dalam collagen tu adalah lebih tinggi dari kandungan collagen sendiri. Maksudnya kita bayar harga pemanis saja, harga collagen takde ape pun sebab kandungan collagen dalam tu rendah

#2: Collagen dari haiwan
Biasanya dapat dari ayam, lembu atau babi. Banyak digunakan sebagai suntikan collagen. Collagen dari sumber haiwan ni terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran kimia. Industri Collagen memang maklum Collagen jenis ni kurang selamat dan kurang bersih. Ye lah nak kasi ayam gemuk, kena suntik hormon. Nak bagi lembu makan, kena bagi rumput yang disembur pesticide. Kira susah lah nak cari sumber haiwan tapi betul-betul bebas bahan beracun atau bahan kimia.

#3: Collagen dari sumber marine 
Collagen yang paling berkualiti tinggi. Orang Jepun dah lama guna marine sourced collagen untuk rawat sakit sendi. Sebab apa bagus? Sebab sumber marine yang shaklee ambil adalah daripada ikan merah yang duduk di lautan dalam (deep ocean) Lautan dalam ni kalau nak tahu, kalau kita manusia nak pergi pun kena hati-hati, takut burst. Kena pakai equipment bagai untuk elak otak dan kepala rosak. Kalau kereta duduk kat kedalaman tu pun, boleh kemek. Tapi ikan merah ni selamba badak je duduk kat lautan dalam. Mengikut kajian pulak, kandungan collagen dalam ikan yang duduk di dasar lautan ni adalah lebih tinggi berbanding kandungan collagen di dalam haiwan lain atau sumber tumbuhan. Plus, bila dah duk kat laut dalam tu, sah- sah lah minyak atau sampah sarap tak sampai kat situ, membuatkan ikan merah tu betul- betul bebas dari pencemaran dan bahan kimia.


Ini menunjukkan collagen dari ikan merah ni memang super power, dapat membantu membetulkan collagen badan yang rosak pada kadar yang lebih optimum. Cuba bandingkan kos nak kumpul tumbuhan atau kos nak tangkap ayam kat ladang, dengan kos nak tangkap ikan merah kat deep ocean, mana lagi mahal? 

Orang keje Oil & Gas mesti tahu jawapan ni. Ye lah, nak turun kat tengah2 laut kat platform just to inspect keadaan bawah platform pun nak kena pakai macam2 equipment. Dengan oxygen nye lah, high pressure helmet lah, itu pun tak leh dok lama-lama bawah laut, takut otak pecah. Jangan tak tahu, diver yang kene buat kerja inspect ni di bayar khas tau, tak semua orang sanggup buat kerja ni sebab tahu susah dia cemana. Ini kan pulak nak turun ke dasar lautan untuk tangkap ikan merah. 

2. Collagen Shaklee dibuat dari bahan semulajadi, di proses pun secara semulajadi. Bebas dari bahan toksik. Bebas dari kesan sampingan walaupun dah stop makan.

Collagen shaklee ni sah-sah lah free dari bahan kimia. Memang dalam bahan buat collagen shaklee, takda bahan kimia. Ia nya dibuat dari 7 bahan utama, termasuk sisik ikan merah tadi, vitamin b dan vitamin c, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia, etc.

Collagen Shaklee di proses secara semulajadi. Apa kepentingan proses semulajadi?

Collagen di pasaran yang murah biasanya akan melalui proses kimia. Nak extract collagen dari sumber, kena lalui certain proses. Proses paling murah adalah menggunakan beberapa bahan berasid, termasuk lah asid hidroklorik!

Tapi untuk collagen shaklee, shaklee penuh berhati-hati proses collagen melalui proses hydrolisis. Atau boleh kata pecahkan molekul menjadi kecik menggunakan air. Molekul collagen perlu di proses menjadi sangat kecik (less than 1000+ dalton in size), so that badan manusia boleh serap collagen shaklee dengan lebih optimum dan cepat.

Proses hydrolisis ni rumit, leceh, dan memang lah mahal. Dah ler mahal, shaklee bukan buat sekali dua, di buat nya lebih dari 8 kali!!! Shaklee memilih untuk proses collagen menggunakan proses hydrolisis sebab tak mahu ambil risiko membahayakan kulit dan kesihatan pelanggan.

Sebab tahu tak, kalau collagen yang di proses menggunakan proses kimia, nanti ada few chemical residues left in the product. Few je residues, tapi kalau kite dok minum hari-hari, ia nya akan terkumpul. Badan kita tak pandai nak buang benda2 chemical nih. So chemical residues ni akan terkumpul. Memang lah nampak kulit cantik kalau makan collagen murah. Tapi kalau stop je, mula-mula nampak jerawat pelik naik. Bila kita keep on makan, nanti dah tua, semua residue ni akan berkumpul menjadi toksik yang merbahaya, dan akan lead kepada kita akan dapat sakit kronik seperti sakit jantung, blockage kat salur darah, dan macam-macam lagi

Jadi, adakah kita sanggup beli produk murah, tapi sanggup tanggung kesakitan di masa depan?

3. Collagen Shaklee membantu lebih dari kecantikan wajah.

Ada banyak feedback menyatakan sangat teramat puas hati dengan collagen shaklee, sebab bukan takat dapat flawless pinky glowy shiny face!! =) Tapi jugak, mencantikkan tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki! Rambut hilang kelemumur, bibir dah tak merekah kekeringan, kulit kaki jadi makin lembut.

Kawan saya lak cakap besttt sebab plus point- rasa lebih bertenaga! Hubby dia pun perasan sampai hubby dia pun nak cuba skalik!! Lagi sorang kawan beritahu mak dia hilang sakit sendi bila amalkan collagen shaklee ni. Nak kulit cantik, tapi banyak pulak bonus lain yang dapat, sapa tak suka kan? :))


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

Wednesday, January 29, 2014

Perbezaan Vitamin C Shaklee Sustained Release Dan Chewable C

Vitamin C adalah vitamin yang paling asas ataupun basic untuk keperluan tubuh badan kita.

Selanjutnya, boleh baca di dalam artikel Vitamin C

Dalam Shaklee terdapat dua jenis Vitamin C iaitu jenis Sustain Release 500mg dan jenis Chewable 100mg. Kedua-duanya mempunyai kehebatan dan fungsi yang sama Cuma berbeza daripada segi berat dan kaedah ia dipatentkan.

Namun ramai menyangka Vitamin C jenis Sustain Release adalah untuk orang dewasa manakala jenis Chewable iaitu dikunyah untuk kanak-kanak sahaja. TIDAK. Salah anggapan tue…

Jom check apa yang salah tu ye... <3

Proses Tindakan Vitamin C Chewable 100gm

Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah. Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C.

Ianya diberi nama 'Chewable' kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil.

Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!



Proses Tindakan Vitamin C Sustained Release 500mg

Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama 'Sustained Release' kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. 

Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam! 


Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi 'Sustained Release', Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut.


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

Sunday, January 26, 2014

Asal Putih Cantik, Asal Hitam Buruk

Kali ni, saya teringin nak petik tajuk ni.. Macam biasa pernah kita dengar ye..

Sedikit story yang familiar dengan fenomena hidup kita..

Assalamualaikum

Caca  : Eh kau pakai produk apa kulit kau putih?
Cici   : Aku kan memang kulit putih, bertambah putih lepas pakai Fair N Lovely
Caca : Aku pakai produk Fair N Lovely, Syurah, Safi tapi semua tak jadikan aku putih pun.muka aku bertambah buruk adalah..:(
Cici   : Kau saja yang perasan. kau cantik apa, hitam itu kan menawan.
Caca : Kalau hitam itu menawan, kenapa Allah jadikan Bidadari Syurga itu Putih Melepak?
Cici   : Habis, asal putih mesti cantik laa, asal hitam buruk laa..

~ Mindset ~


Rata-rata semua perempuan nak jadi putih sebab apa? Kalau ada wanita yang mahu jadi hitam mungkin dari golongan mat salleh yang korang sendiri tawu diorang suka berjemur di tempat panas dan menjadikan kulit mereka lebih tanned. Kalau ada produk yang boleh menghitamkan kulit, aku mau boleh? Kalau betul sesuatu produk tu dapat memutihkan kulit seseorang hingga boleh jadi most beautiful woman in Asia, mesti kandungan hydroquinone tinggi dan tidak dibenarkan. Hydroquinone tu apa? Ok, nanti cerita.

Bagi aku, kenapa perlu mengeluh kalau berkulit gelap?Adakah dengan berkulit putih kau dapat lelaki handsome, kaya raya dan Mat Romeo yang setiap hari belikan kau bunga asyik pandang muka kau 24 jam? Ooh, mungkin. Tapi tak semestinya kau kulit hitam kau akan dapat lelaki miskin, kurang macho dan tak bergaya tapi aku tengok yang sebaliknya berlaku. Dan sebenarnya  menjadi wanita berkulit putih/cerah  lebih mendatangkan masalah. Contohnya;

Terdedah dengan kanser kulit
Bila nakkan kulit putih gebu, sudah pasti kita mahu produk yang cepat dan berkesan jadi produk yang dipilih kadang-kadang mempunyai kandungan Hydroquinone yang tinggi atau pun suntik Vitamin C untuk jadi putih. Hydroquinone merupakan sejenis racun yang dapat bertindak balas dengan kulit sebagai agen pemutih atau proses pengelupasan yang berkesa. Mungkin dengan memakai produk  yang ada kandungan bahan kimia dapat menjadikan kita cantik seperti Emma Maembong atau Fazura tapi kita tak tawu side effect daripada racun yang tersembunyi menyebabkan pigmentasi dan kanser kulit.





Pigmen yang sangat ketara. Orang kulit gelap jarang yang ada

Kulit sensitif
Agak-agak berapa peratus korang tengok orang berkulit putih ni muka diorang licin dan tidak dinodai? Aku tengok selalunya orang yang berkuli gelap ni jarang ada jerawat, bersih, tak sensitif dan tak berminyak. Aku mengaku kulit aku agak sensitif especially bila terkena habuk. So, kadang-kadang terpaksa duduk rumah jadi kuli sebab tak boleh nak keluar rumah takut allergic habuk ke apa yang menyebabkan ruam, gatal-gatal paling sadis jerawat yang tidak diundang dan jeragat akan menyerang. Tension ok!!

Menjadikan kita wanita Takabur
Kau dulu hitam, sekarang dah jadi putih gilerrr bagilah petua aku pun nak jadi putih ni. Dengan hasutan Syaitonirrajim, kau mula jadi riak dan suka menunjukkan kulit yang putih gebu. Pantang ada Mat Bunga, berpura-pura menyinsing tangan baju kurung yang tadinya elok untuk menarik perhatian dan mendapat pujian sekeliling. Lebih 'hot' lagi dengan sengaja berpakaian singkat untuk mendedahkan betapa putihnya kulit kau sekarang. Ouh, lupa. Cantik dipuji, buruk dikeji..its mindset also!!

Bukan nak mempersoalkan nak dapat kulit yang putih dan cerah itu salah, tak salah..Cuma i look for some people who obsess with their black skin. Terlalu merendah diri dan tiada keyakinan berdepan dengan orang lain hingga sanggup menjalani pembedahan plastik untuk tukar warna kulit.  Ada pula yang saling mendengki antara satu sama lain, what for?? For me, hitam atau putih sama saja. Semua pun makan nasi, korek hidung, berak kencing dan mesti puasa juga. Erkk?? Allah punya alasan tersendiri kenapa DIA menjadikan manusia itu berbeza warna kulit dan lain-lain. Nasib baik Allah tak ciptakan kita Oren, Hijo, atau Biru segala kalau tak bertambah-tambahlah ketidaksyukuran dalam diri kita..

So, for those who obsess with white skin, please..bersyukurlah dengan kulit hitam menawan. Dan lelaki, janganlah tertarik dengan seseorang kerana rupa paras atau kulit, kerana ia bisa menyesatkan. Hitam atau putih tak menjamin kebahagiaan..:p Please be confident, takpayah ubah apa yang Allah dah bagi dan lepas ni kalau orang kutuk kau hitam, cakap kat orang tu.. Aku hitam hitam pun, aku tetap bahagia sebab dalaman aku dah putih. Kau luar cantik, tapi dalam penuh dengan hitam kan


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699