Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, April 22, 2014

Mengenali Mastitis atau Bengkak Susu

Assalammualaikum..Pernahkah anda mendengar tentang istilah "mastitis" atau bengkak susu.. Sejujurnya, saya yang bakal bergelar ibu dlm 2-3 bulan lagi (saya tengah mengandung yg baru mnjangkau 28 minggu) rasa terpanggil untuk menulis tentang mastitis ni...yang mungkin bakal dihadapi setelah saya melahirkn dan menyusukan anak nti...

Mungkin ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah mastitis ni...


Mastitis @ Bengkak Susu
Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat

Apakah itu Mastitis?

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.


Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa.

Adakah Masitis Menjejaskan Bayi Anda?

Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.

Rujukan babycenter.com

Simptom-simptom Mastitis


  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Sakit kepala
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F

Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan. 

Sebab-sebab Mastitis

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

Siapa yang Berisiko Menghidapi Masitis

  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Rujukan alamhamil.com

Lihat juga Petua Memulihkan Bengkak Susu

0 comments:

Post a Comment