Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, April 25, 2014

Simpul Biawak Ketika Hamil Bagai Aur dengan Tebing

Sekarang ni, waktu yang gembira bagi kami sekeluarga. Hanya menunggu lebih kurang dalam 2-3 bulan lagi saya dan suami akan mendapat cahaya mata sulung sebagai penyeri hidup kami.. Alhamdulillah... Usia kandungan saya sudah menjangkau 28 minggu (7 bulan).

Sebagai persediaan, saya ada juga mengkaji serba-sedikit tentang pengalaman bermakna wanita hamil dengan ibu-ibu di luar sana. Hihi.. Ada yang kata, "macam-macam penyakit datang ketika hamil". Sebenarnya, mungkin kita tidak biasa dengan perubahan bentuk badan atau hormon kita. Atau mungkin juga kita diuji dengan sedikit ujian sebelum menikmati "kurniaan Ilahi". Bukankah penyakit itu hanya ujian yang diturunkan sebagai penghapus dosa-dosa kita dan tanda kita akan lebih mengingati Yang Maha Esa. Tapi bagi saya, ini hanya sebagai "ujian kecil" untuk "kenikmatan besar".

Salah satu gejala ketika hamil adalah SIMPUL BIAWAK. Simpul biawak bagai sinonim dengan ibu hamil. Apakah itu simpul biawak? Simpul biawak atau tarik mengkarung adalah disebabkan penguncupan otot atau lebih lelemak.Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Sebab-sebab biasa kejang otot rangka termasuk keletihan otot, rendah natrium dan kalium. Simpul biawak ini selalunya terjadi di kalangan wanita kerana kehilangan kalsium sewaktu mengandung dan breastfeeding.


Bukan biawak ye.. Hehehe


Simpul biawak
Perbezaan gambar A (kaki normal) dan B (simpul biawak)

Beberapa Kemungkinan Punca Kekejangan Kaki berlaku semasa Hamil

• Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

• Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

• Terlalu keletihan membawa perut yang semakin membesar.

Cara untuk Melegakan Kesakitan Simpul Biawak

• Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

• Urut otot yang kejang itu.

• Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips Mengelak Kekejangan Kaki Semasa Mengandung

1. Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3L atau lebih)

2. Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.

3. Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk lancarkan peredaran darah.

4. Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.

5. Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.

6. Elakkan terlalu banyak berdiri.

7. Mandi dengan air suam sebelum tidur.

8. Ambil suplemen kalsium magnesium. Pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 





0 comments:

Post a Comment