Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, February 12, 2014

Cara Meningkatkan Hemoglobin Darah Ketika Hamil

Apa itu Hemoglobin?

Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang mengalirkan oksigen dari paru-paru ke tisu peripheral dalam badan. Ia bertanggungjawab untuk memerahkan darah dalam sel darah merah. Hemoglobin menghubungkan oksigen dari paru-paru, membawa ia dari paru-paru tersebut ke tisu peripheral dalam badan, selepas menurunkannya ia meghubungkan karbon dioksida dan kembalikannya untuk menghembus nafas. Ia menggubah dua protein subunit iaitu alpha dan beta.Hemoglobin menjalankan kedua-dua subunit tersebut untuk menjalankan fungsi secara betul. Diorder atau sekiranya ia tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan abnormal bagi kedua subunit. Hemoglobin yang tidak normal akan menyebakan penyakit seperti sel lemah dan  thalassemia.




Rujukan di sini

Apakah Kepentingan Hemoglobin Semasa Hamil

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.



Risiko Bacaan Hemoglobin yang Rendah bagi Ibu Mengandung

1) Risiko tumpah darah ketika mengandung
2) Jantung ibu bergerak laju atau rasa berdebar-debar (palpitation)
3) Ibu akan cepat berasa letih , kadang-kadang mengalami sesak nafas, pening-pening dan rasa pitam
4) Mengalami keguguran
5) Risiko alami penyakit berjangkit
6) Risiko yang paling bahaya adalah.....jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Risiko Bacaan Hemoglobin yang Rendah kepada Bayi yang Dikandung

1) Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
2) Lahir sbagai premi atau tidak cukup bulan
3)Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
4) Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
5) Mati ketika dilahirkan atau stillbirth.

Punca Hemoglobin Rendah

>Peningkatan dalam isipadu darah
>Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
>Penurunan kadar HB normal
>Kurang pengambilan zat besi dalam diet
>Kekurang folic acid
>Pendarahan gastrointestinal
>Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Cara Mengatasi Masalah Hemoglobin Rendah

Ni dia...Makanlah Vitalea sebagai langkah pencegahan yang selamat. Dengan harga yang mampu milik, ibu dan anak akan mendapat kesihatan yang optimum. Dapatkan yang terbaik di pasaran.



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 



0 comments:

Post a Comment