Sedikit story yang familiar dengan fenomena hidup kita..
Assalamualaikum
Caca : Eh kau pakai produk apa kulit kau putih?
Cici : Aku kan memang kulit putih, bertambah putih lepas pakai Fair N Lovely
Caca : Aku pakai produk Fair N Lovely, Syurah, Safi tapi semua tak jadikan aku putih pun.muka aku bertambah buruk adalah..:(
Cici : Kau saja yang perasan. kau cantik apa, hitam itu kan menawan.
Caca : Kalau hitam itu menawan, kenapa Allah jadikan Bidadari Syurga itu Putih Melepak?
Cici : Habis, asal putih mesti cantik laa, asal hitam buruk laa..
~ Mindset ~
Rata-rata semua perempuan nak jadi putih sebab apa? Kalau ada wanita yang mahu jadi hitam mungkin dari golongan mat salleh yang korang sendiri tawu diorang suka berjemur di tempat panas dan menjadikan kulit mereka lebih tanned. Kalau ada produk yang boleh menghitamkan kulit, aku mau boleh? Kalau betul sesuatu produk tu dapat memutihkan kulit seseorang hingga boleh jadi most beautiful woman in Asia, mesti kandungan hydroquinone tinggi dan tidak dibenarkan. Hydroquinone tu apa? Ok, nanti cerita.
Bagi aku, kenapa perlu mengeluh kalau berkulit gelap?Adakah dengan berkulit putih kau dapat lelaki handsome, kaya raya dan Mat Romeo yang setiap hari belikan kau bunga asyik pandang muka kau 24 jam? Ooh, mungkin. Tapi tak semestinya kau kulit hitam kau akan dapat lelaki miskin, kurang macho dan tak bergaya tapi aku tengok yang sebaliknya berlaku. Dan sebenarnya menjadi wanita berkulit putih/cerah lebih mendatangkan masalah. Contohnya;
Terdedah dengan kanser kulit
Bila nakkan kulit putih gebu, sudah pasti kita mahu produk yang cepat dan berkesan jadi produk yang dipilih kadang-kadang mempunyai kandungan Hydroquinone yang tinggi atau pun suntik Vitamin C untuk jadi putih. Hydroquinone merupakan sejenis racun yang dapat bertindak balas dengan kulit sebagai agen pemutih atau proses pengelupasan yang berkesa. Mungkin dengan memakai produk yang ada kandungan bahan kimia dapat menjadikan kita cantik seperti Emma Maembong atau Fazura tapi kita tak tawu side effect daripada racun yang tersembunyi menyebabkan pigmentasi dan kanser kulit.
Pigmen yang sangat ketara. Orang kulit gelap jarang yang ada
Kulit sensitif
Agak-agak berapa peratus korang tengok orang berkulit putih ni muka diorang licin dan tidak dinodai? Aku tengok selalunya orang yang berkuli gelap ni jarang ada jerawat, bersih, tak sensitif dan tak berminyak. Aku mengaku kulit aku agak sensitif especially bila terkena habuk. So, kadang-kadang terpaksa duduk rumah jadi kuli sebab tak boleh nak keluar rumah takut allergic habuk ke apa yang menyebabkan ruam, gatal-gatal paling sadis jerawat yang tidak diundang dan jeragat akan menyerang. Tension ok!!
Menjadikan kita wanita Takabur
Kau dulu hitam, sekarang dah jadi putih gilerrr bagilah petua aku pun nak jadi putih ni. Dengan hasutan Syaitonirrajim, kau mula jadi riak dan suka menunjukkan kulit yang putih gebu. Pantang ada Mat Bunga, berpura-pura menyinsing tangan baju kurung yang tadinya elok untuk menarik perhatian dan mendapat pujian sekeliling. Lebih 'hot' lagi dengan sengaja berpakaian singkat untuk mendedahkan betapa putihnya kulit kau sekarang. Ouh, lupa. Cantik dipuji, buruk dikeji..its mindset also!!
Bukan nak mempersoalkan nak dapat kulit yang putih dan cerah itu salah, tak salah..Cuma i look for some people who obsess with their black skin. Terlalu merendah diri dan tiada keyakinan berdepan dengan orang lain hingga sanggup menjalani pembedahan plastik untuk tukar warna kulit. Ada pula yang saling mendengki antara satu sama lain, what for?? For me, hitam atau putih sama saja. Semua pun makan nasi, korek hidung, berak kencing dan mesti puasa juga. Erkk?? Allah punya alasan tersendiri kenapa DIA menjadikan manusia itu berbeza warna kulit dan lain-lain. Nasib baik Allah tak ciptakan kita Oren, Hijo, atau Biru segala kalau tak bertambah-tambahlah ketidaksyukuran dalam diri kita..
So, for those who obsess with white skin, please..bersyukurlah dengan kulit hitam menawan. Dan lelaki, janganlah tertarik dengan seseorang kerana rupa paras atau kulit, kerana ia bisa menyesatkan. Hitam atau putih tak menjamin kebahagiaan..:p Please be confident, takpayah ubah apa yang Allah dah bagi dan lepas ni kalau orang kutuk kau hitam, cakap kat orang tu.. Aku hitam hitam pun, aku tetap bahagia sebab dalaman aku dah putih. Kau luar cantik, tapi dalam penuh dengan hitam kan
Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699
atau <Tie Violet> atau <Littlelullabies Nutrition>
Terbaikla entry ni..
ReplyDeletejemput baca-> Benarkah lelaki suka pada kulit putih saja? http://misssotired.blogspot.my/2017/03/benarkah-lelaki-suka-kepada-perempuan.html