Assalammualaikum kepada rakan2ku sekalian
Di atas ni adalah 15 tips utk memohon dimurahkan rezeki drpd Ustazah Siti Nor Bahyah... Namun, saya berminat utk brkongsi 27 Petua-Petua Penambah Rezeki Kekayaan yang dipetik dari buku 1001 Petua-Petua Ajaib yang dikarang oleh Norizan Abu Samah dan Puan Haiza Noor...Mari kita sama2 lakukan ye...
1) Rajin bersedekah, Rasulullah SAW bersabda;
2) Membiasakan bangun tidur diawal pagi
3) Memiliki bakat tulisan yang indah
Tulisan indah sebagai kunci rezeki dan merupakan sebab terbukanya pintu rezeki.
4) Bermuka manis.
5) Berbicara baik dan menarik
6) Menyapu halaman dan mencuci tempat-tempat. Demikian warta dari Saiyidina Hasan bin Ali RA
7) Mengerjakan solat dengan khusyu' dan ta'dhim dn memenuhi syarat, rukun, sunah dan tata kesopanannya.
Ibrahim an Nakhai berkata: "Jika kamu melihat seseorang yang meremehkan ruku' dan sujud maka kasih sayangilah keluarganya dari sempit-nya penghidupan". Demikian sebagai disebutkannya dalam "Al-Raudhah"
8) Membiasakan mengerjakn solat Dhuha untuk mencukupkan urusan rezeki.
9) Membiasakan membaca surah al-Waqiah, terutama di tengah malam saat para manusia sedang tidur.
10) Membiasakan membaca surah al-Mulk.
11) Membiasakan membaca surah al-Muzammil
12) Membiasakan membaca surah al-Insyirah
13) Membiasakan membaca surah al-Lail
14) Membiasakan datang ke Majlis sebelum Adzan
15) Membiasakan bersuci, bila hadas selalu berwudhu'.
16) Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah. Sabda Nabi SAW ;
Maksudnya;"Siapa yang mengerjakan solat fajar di rumahnya maka dilapangkan baginya rezeki"
Demikian sebagaimana disebutkan dalam Syarah Tuhfah.
17) Tidak membicarakan urusan keduniaan sesudah solat Witir.
18) Menjauhi banyak duduk-duduk bersama para wanita kecuali ada hajat.
19) Meninggalkan cakap kosong yang tidak berfaedah bagi agamanya dan dunianya.
Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata;
" Jika akal itu sempurna, maka kuranglah bicaranya"
20) Setiap hari membaca tasbih, tahmid dan istighfar di bawah ini 100 kali, waktunya antara terbit fajar dan solat Subuh
21) Setiap hari membaca kalimah di bawah ini 100 kali pada waktu pagi dan petang.
Ertinya ; "Tidak ada Tuhan selain Allah yang merajai, yang hak dan yang terang".
22) Setiap sesudah fajar dan sesudah solat Maghrib membaca tahmid, tasbih dan tahlil (dzikir) di bawah sebanyak 33 kali.
23) Membaca istighfar ini 70 kali sesudah solat Fajar
24) Memperbanyakkan membaca hauqalah
25) Memperbanyakkan membaca 'Salawat' ke atas Nabi Muhammad SAW
26) Membaca doa di bawah ini sebanyak 70 kali setiap Jumaat
27) Membaca kalimah-kalimah Tsana' (sanjungan) kepada Allah siang dan malam
0 comments:
Post a Comment