Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, September 24, 2013

Info ttg Kesihatan




Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita masih lg bernafas di bumi yang warna-warni ini. Mengucapkan kesyukuran adalah sesuatu yang indah dan sangat dituntut Agama Islam. Allah swt suka dan Nabi cinta. Sewajarnya kita merasa betapa berharganya nilai kesyukuran kepada Allah atas semua pemberian-Nya walaupun kita sedang berdepan dengan dugaan yang hebat ataupun berdepan dengan anugerah yang baik.


Hari ni, sy nk brkongsi ttg faedah supplement yg prlu kita ambil sbgai salah satu makanan rutin harian...salah satunya Shaklee.... terutamanya wanita..sebab, semua wanita kan ciptaan istimewa kan kan..


Wanita ni special..seorg yg multitasks, kerja di luar n dalam rumah lg, uruskan anak, suaminya lagi.... Ishk...ishk... senangkata xmenang tanganla... Malangnya, kesihatan diri diambil ringan secara sambil lewa. Hasilnya? Penyakit2 moden juga muncul spt berat badan naik, keletihan, penuaan kulit, kencing manis, darah tinggi dan osteoporosis.



Makanan yang seimbang dan senaman(ahaha...mcmla rajin bersenam...ye dok) semestinyala tak mencukupi kerana badan memerlukan makanan tambahan kesihatan yang terbaik untuk menjaga kesihatan dan sihat.




Assalamualaikum..salam pd semua.. Kat bawah ni, tie akan dedahkan 7 sebab kenapa kita perlukan supplement atau makanan tambahan???!!!


1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Kini, dunia kita xlari dari pencemaran udara yang melanda di seluruh dunia. Hal ini berikutan dengan lapisan ozon yang semakin nipis lantaran penyebaran karbon monoksida yang telah dicemarkan daripada penghawa dingin dan rumah hijau. Selain itu, pembakaran terbuka dan enjin kereta yang dihidupkan juga menyumbang kepada pencemaran udara. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Sekiranya saya mengulas lanjut tentang faktor-faktor pencemaran udara lain seperti asap-asap dari industri perkilangan, penyemburan racun makhluk perosak, dan perlombongan yang menghasilkan habuk, mungkin ada yang tak senang duduk..

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
Apakah Keracunan Makanan ? Penyakit yang berlaku selepas makan makanan yang tercemar dengan kuman atau bahan kimia. Walaupun secara lahiriah, kita memilih makanan yang elok dari segi rupa seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Namun, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan. Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Gaya hidup tidak sihat
Trend semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat.Walau bagaimanapun, ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. 
Ramai di kalangan masyarakat moden ini telah mengabaikan masa rehat dan masa tidur mereka.Kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi.Tempoh tidur yang cukup bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan jam.Tempoh  masa tidur ini akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina sel-sel baru dan proses metabolism dapat dijalankan dengan lancar.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Orang Malaysia ni sgt suka mkn nasi lemak . Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pagi di warung2, malam plak kat kedai2 makan di Kampung Baru KL. Mmm...sedap xtrperi sgt. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT! Belum lagi dikira Instant Food mcm Maggie,Mamie atau junk food cekedis2, jajan2 yg byk dijual di kedai2, supermarket...


6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan 
Bagi perokok tegar plak, sudah semestinya mendatangkan kemudaratan ke atas kesihatan. Bagi penggemar makanan/minuman berkaffein, ahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh. Bagi wanita hamil, kafein sangat merbahaya kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan. Oleh itu, wanita hamil perlu mengurangkan dan menghentikan sama sekali pengambilan kafein.


7 - Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini merupakan 7 sebab perlu mengekalkan pengmbilan supplement sbgai makanan tmbhn. Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 019-326 1017 atau sms 013-717 4699 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment